Murtad
Kes Lina Joy, di mana saudara?
Rujuk:
Laporan Kes di BAR
Rujukan Status Agama Di Malaysia
Perbincangan Isu Dalam The Star
Reviu oleh Malaysiakini
Reviu oleh ABIM
Reviu kes oleh Sarah Page
Reviu oleh Robert
Usaha di Pihak Kristian
Banyak Lagi Tentang Lina Joy Di Google
Semalam, ramai daripada peguam Melayu Islam telah bersetuju menubuhkan Peguam Pembela Islam untuk membela isu berkaitan kedaulatan Islam di Malaysia. Untuk jarak singkat, penubuhan ini adalah dikhususkan untuk kes Lina Joy. Untuk jangka masa panjang, badan ini adalah untuk mana-mana kes yang melibatkan kedaulatan Islam di Malaysia.
Semalam juga diputuskan bahawa satu badan bertindak melibatkan pihak NGO dan rakyat umum akan turut terlibat. Saya tidak sabar menunggu badan ini ditubuhkan secara rasmi dan dapat bergerak secepat yang mungkin.
Pada pemerhatian saya semalam, peguam-peguam Islam Malaysia begitu berkobar-kobar sekali ingin mempertahankan agama Islam. Kutipan derma kilat semalam pun nampaknya amat memberangsangkan. Masing-masing sudah tidak sabar-sabar lagi dan berkali-kali ayat, "sudah cukup kita bercakap sahaja" diulang dalam majlis tersebut. Saya berdoa semangat ini tidak akan padam; dan disemarakkan lagi dengan penyertaan masyarakat umum juga.
Kes Lina Joy sangat penting kerana ia adalah titik tolak sama ada Muslim boleh murtad atau tidak di Malaysia. Islam tidak membenarkan penganutnya murtad, tetapi kedudukan murtad masih kabur dalam perundangan negara kita, Malaysia.
Kes ini akan jadi penentu.